Sudah agak lama saya tidak menulis atau mengeluarkan apa-apa artikel di dalm blog ini. sekarang baru ada kesempatan dan terbuka hati untuk menjenguk blog ini. jika masih ada yang mengikuti perkembangan blog ini, saya pohon ampun dan maaf kerana sudah agak lama tidak menulis.
kebelakangan ini saya melihat terdapat berbagai- bagai perkara telah berlaku di dalam bumi bertuah yang bernama malaysia ini. bermula dari sudut politiknya, ekonomi dan sebagainya. kepimpinan yang ada sekarang amatlah kurang meyakinkan kebanyakan rakyat.
orang melayu terus terhimpit dengan tekanan ekonomi yang melanda dunia ini. saya bukan mahu bersikap perkauman,tetapi hakikatnya, kemajuan bangsa melayu tetaplah menjadi keutamaan di dalam negara ini. ini adalah kerana komuniti melayu islam di negara ini adalah majoriti tetapi merekalah yang paling mundur dari segi ekonomi.
kenapa ini berlaku?adakah kerana sikap merela yang terlalu berlembut hati dengan bangsa lain atau kaum lain? atau mungkin juga sikap mereka sendiri yang tidak mahu maju dalam hidup. banyak perkara yang saya perhatikan, bukan bangsa melayu islam ini tidak pandai,cerdik dan sebagainya, terdapat banyak contoh yang kita boleh lihat kehebatan bangsa kita ini.
bila menyebut mengenai perniagaan, di mana orang melayu?dimana kedai-kedai melayu? kita semua boleh membilang dengan jari. kita lebih suka untuk menjadi pembeli daripada menjadi seorang penjual. akhirnya, yang menguntungkan adalah kaum lain yang menjadi peniaga.
kadang-kadang terdapat juga peniaga-peniaga melayu yang berniaga,tetapi tidak mendapat sokongan dari bangsa sendiri. ini adalah hakikat yang cukup sukar hendak diterima. bangsa kita sudah ada kedai, tetapi kita tetap lebih suka pergi membeli di kiedai bangsa asing, lebih murah harganya katanya.
jika kedai-kedai ini tidak dibantu dan disokong oleh bangsa sendiri, siapa lagi yang mampu untuk membantu mereka?kita sama-sama fikirkan. kita lihat peniaga-peniaga cina yang ada sekarang, mereka dibantu oleh jaringan perniagaan yang besar,tokey-tokey besar yang sanggup membantu mereka. kita juga mampu jika kita mahu bersatu dalam berniaga. bantu kawan-kawan kita,tiada yang rugi tetapi untunglah yang menanti.
sedarlah wahai anak bangsa melayu semua, kita semakin terhakis nilai ekonomi yang dulunya berada dalam genggaman kita. kenapa dibiar ia terlepas ke tangan orang cina?india? sedangkan dulu ia memang milik kita. kita tidak lemah, tetapi sikap kita sendiri yang akan menentukan segalanya.
Dasar ekonomi baru tidak akan berjaya selagi kita mempunyai sikap sebagai pembeli sahaja tetapi tidak mahu menjual. berbaik-baiklah dengan orang-orang cina yang sudah lama pandai berniaga,korek segala ilmu dan gunakan untuk kebaikan kita.
kita semua sudah tentu mahu mencontohi Rasulullah sebagai seorang peniaga yang berjaya. tetapi kita tidak akan berjaya selagi kita tidak mempunyai ilmu untuk berjaya. teruskan perjuangan berniaga,disamping itu terus menambahlkan ilmu untuk mengembangkan lagi perniagaan anda. semoga ada yang sudi mengambil iktibar dan membaiki segala kesilapan bangsa kita.
politik adalah penting, ekonomi juga penting dan yang lebih penting lagi adalah memelihara agama. kita tidak akan mampu untuk memelihara agama dengan sebaiknya jika kita tidak mempunyai kekuatan dalam ekonomi dan politik. fikir-fikirkan..
Filed under: Isu Semasa, Luaskan minda, Siasah | Tagged: ekonomi, melayu, perniagaan




















