Islam, Matlamat dan Kebanggaan

http://theriseofislam.blogspot.com/

posted by:

Bangga!

Ramai orang berbangga apabila negara berjaya menghantar rakyatnya yang pertama ke ISS.Perasaan bangga, menyelit di celah-celah kehinaan ummah dalam perjalanan panjang mencari destinasi yang pastinya bukan sekadar kebanggaan.

Di tepi muara kuala terengganu, tersergam indah tidak kurang dari 7 buah masjid yang dibina diatas niat pameran dan menunjukkan seni tamadun islam.Perasaan bangga sesekali memunculkan diri mengenangkan betapa indahnya rumah Allah yang bernama masjid, namun sesekali itu jugalah hati ini terpanggil untuk kembali duduk dan bertanya, kemanakah harus ku bawa perasaan bangga ini?

Bangga dengan masa silam islam yang melahirkan tamadun mendahului tamadun yang dicipta oleh barat.Nama-nama besar seperti Ibnu Sina(avicenna), Abu Raihan Muhammad Ibnu Ahmad Al-Biruni(Al-Biruni), Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi(Al-Khawarizmi) , Abu Zaid Abdul Rahman bin Muhammad Bin Khaldun al-Hadrami(Ibnu Khaldun) dan ramai lagi pastinya meniti setiap bibir ummat islam setiap kali kanvas sejarah itu terselak.Dan di setiap kali itu juga kita mengagumi dan bangga dengan sumbangan mereka dalam bidang sains, perubatan, astronomi, ekonomi yang mendahului saintis dan sarjana daripada barat yang pada ketika itu masih lagi dalam “Dark Ages”.

Matlamat Islam!

Begitulah islam turun kepada manusia mengubah masyarakat arab yang “Jahiliah”- bodoh dan tidak bertamadun kepada bangsa yang menguasai 2/3 dunia.Arab bukan mulia dengan arab tetapi arab telah di angkat kemuliaan mereka dengan Islam.Rasulullah saw di utuskan bukan untuk mengajar membuat bangunan, mencari makan, bukan untuk memperbaiki ekonomi, bukan untuk mencerap langit yang berjuta bintang, bukan untuk memperbaiki teori sains dan kimia apalagi perubatan dan pertanian, tetapi Rasulullah saw itu diutuskan untuk membawa manusia menunjukkan jalan kearah cara hidup bertuhankan hanya kepada Allah swt.

Apabila sejarah tokoh-tokoh islam diatas dicungkil, juzuk yang sering tertinggal untuk turut sama direnungi ialah akhlak dan prinsip tokoh tadi terhadap ilmu dan bidang kajian mereka.Akhirnya kita hanya mengambil “kebanggaan” dan melupakan aspek “matlamat” kepada ilmu dan kajian yang dilakukan.Ya,matlamat akhir kepada ilmu tadi adalah untuk mengagungkan kebesaran Allah swt dan seterusnya mendapat keredhaan Allah swt.

Namun dewasa ini, ummah sudah terikut-ikut dengan rentak barat yang memusatkan matlamat ilmu mereka adalah untuk kebanggaan semata-mata.Kekuatan ekonomi, kemajuan pembangunan dan semuanya dipusatkan diatas paksi kebanggaan walaupun terpaksa mengenepikan redha Allah.Maka benarlah segalanya yang tertulis didalam kalamNya;

Mencari redha dan bukannya kebanggaan!

Sekiranya islam ini matlamatnya untuk mencari kebanggaan, sudah tentulah Allah mengutuskan Rasulullah saw itu sebagai seorang raja yang membina empayar yang besar, istana yang ajaib, dan kerajaan yang lama memerintah.Namun bukan itu matlamatnya!Kita boleh berbahas diatas nama “syiar islam” dan sebagainya namun apabila matlamat sudah terpesong, tidak ada gunanya mencipta tamadun yang dipenuhi dengan dengan topeng-topeng syiar yang palsu.

Fokus kebangkitan islam ialah untuk kembali kepada landasannya yang betul iaitu menuju kepada matlamat yang hakiki-mencapai keredhaan Allah swt.Pada setiap ketika ummah tergelincir dari landasan ini, wajib bagi ummah untuk kembali!Untuk apa membina tamadun benda yang telah dibuang agama dan akhlak dari keilmuan penghuninya, lalu terciptalah sebuah tamadun palsu semata-mata untuk mencari redha manusia.Supaya orang memuji-muji kehebatan si polan bin si polan bukannya memuji Allah swt.

“Bangga” tidak akan membawa ummah dan manusia kemana-mana.Tetapi redha Allah jua lah yang akan memandu manusia kearah rasa bertuhan, seterunya kearah negeri akhirat yang kekal abadi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: