Setulus doa

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

Advertisements

Islam, Matlamat dan Kebanggaan

http://theriseofislam.blogspot.com/

posted by:

Bangga!

Ramai orang berbangga apabila negara berjaya menghantar rakyatnya yang pertama ke ISS.Perasaan bangga, menyelit di celah-celah kehinaan ummah dalam perjalanan panjang mencari destinasi yang pastinya bukan sekadar kebanggaan.

Di tepi muara kuala terengganu, tersergam indah tidak kurang dari 7 buah masjid yang dibina diatas niat pameran dan menunjukkan seni tamadun islam.Perasaan bangga sesekali memunculkan diri mengenangkan betapa indahnya rumah Allah yang bernama masjid, namun sesekali itu jugalah hati ini terpanggil untuk kembali duduk dan bertanya, kemanakah harus ku bawa perasaan bangga ini?

Bangga dengan masa silam islam yang melahirkan tamadun mendahului tamadun yang dicipta oleh barat.Nama-nama besar seperti Ibnu Sina(avicenna), Abu Raihan Muhammad Ibnu Ahmad Al-Biruni(Al-Biruni), Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi(Al-Khawarizmi) , Abu Zaid Abdul Rahman bin Muhammad Bin Khaldun al-Hadrami(Ibnu Khaldun) dan ramai lagi pastinya meniti setiap bibir ummat islam setiap kali kanvas sejarah itu terselak.Dan di setiap kali itu juga kita mengagumi dan bangga dengan sumbangan mereka dalam bidang sains, perubatan, astronomi, ekonomi yang mendahului saintis dan sarjana daripada barat yang pada ketika itu masih lagi dalam “Dark Ages”.

Continue reading