Jangan lupa semarakkan Himpunan Mansuhkan PPSMI 7 Mac ini!

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19692&Itemid=1

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) – Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang ‘1001 masalah’ kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai ‘Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI’ pada 7 Mac ini (Sabtu).

Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.

“Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.

“Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samas ekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataannya yang terdahulu.

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato� A.Samad Said, Dato� Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato� Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato� Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah ‘putih’ dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.

“GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.

“GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang,” katanya. – azm _

p/s- ape kejadahnye semua ini?saya melihat kalaulah betul-betul pengajaran bahasa inggeris ini berkesan, tidak sepatutnya ramai golongan pelajar ini tercicir.

saya ingin tanya saudara, adakah selama ini kita yang belajar dalam bahasa melayu tidak tahu berbahasa inggeris?saya lihat ramai dikalangan rakan2 saya yang masih boleh memahami bahasa inggeris walaupun dulunya dua subjek tersebut di ajar dalam bahasa melayu.

aduhai pak menteri.. tolonglah fikir betul-betul sebelum buat keputusan, jangan rosakkan anak bangsa dek kerana nak terlalu cepat maju hingga lupa asal usul. mungkin ada muslihat disebalik penguatkuasaan yang tergesa-gesa ini.siapa tahu?..

komen anda??..

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19689&Itemid=1

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Dato’ Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: “Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato’ yang bikin.”

Langkah ‘rampasan kuasa’ di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam ‘Musang Berjanggut’ semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap ‘akulah aku’ dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.

Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato’ yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok”.

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato’ Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang ‘takkan lari gunung dikejar’.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya ‘MacBeth’, sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia – PRIMA) _

Dato’ Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: “Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato’ yang bikin.”

Langkah ‘rampasan kuasa’ di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam ‘Musang Berjanggut’ semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap ‘akulah aku’ dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.

Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato’ yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok”.

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato’ Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang ‘takkan lari gunung dikejar’.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya ‘MacBeth’, sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia – PRIMA) _

Sidang DUN Perak: “Jika di atas pokok pun ia sah”

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19681&Itemid=1

Jebatjr -nampaknya kehangatan isu politik di perak semakin dasyat. Adakah tindakan polis menghang kesemua ahli dun pembangkang masuk akal? semua orang sudah tahu semua ini adalah helah najib dan rakan umeno di perak untuk berkuasa tanpa mendapat mandat rakyat sepenuhnye.

aduahai negaraku malaysia…

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

“Jika di atas pokok pun ia sah”, Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

“Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

“Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

“Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain,” kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

“Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan,” tambah beliau._

TS Khalid! Kenakan pukulan KO kepada Khir Toyo

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3014

Oleh C4boleh

 Bagaimana jahat dan jijik sekalipun pemimpin-pemimpin UMNO itu, biarpun sebanyak mana pun laporan yang mempunyai bukti-bukti kukuh yang diserahkan kepada SPRM akhirnya diperamkan sampai bila-bila pun selagi BN memerintah Malaysia.

Tidak ada seorang pun pemimpin-pemimpin BN yang dilihat bersih oleh rakyat walaupun mereka tidak dapat didakwa kerana pendakwaan berpilih-pilih atau ‘double standard’.

Terbaru kes penyelewengan atau rasuah sebanyak RM17 juta pembelian haratanah di Mekah telah dibongkarkan oleh MB Selangor. Maka kini rakyat Selangor semakin tahu siapa sebenarnya Khir Toyo ini. Kononnya dia adalah pejuang moral dalam kes YB Eli, pejuang anti-rasuah dalam kes YB Khalid Ibrahim pasal lembu dan kereta. Konon beliau sangat suci tetapi sangat keji dan menjijikkan.

Bola tanggung sudah ada ditangan MB TSKI, pastikan kenakan pukulan KO jangan kasihan dengan orang yang macam ini dan kuncu-kuncunya. Orang macam ni memang tak serik-serik dan munafik. Kalau SPRM tak siasat juga boleh hantar report yang sama tiap-tiap bulan biar pihak SPRM tak senang duduk.

Rasuah Khir Toyo

oleh Webmaster MSK

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

p/s: kalau betul bagai didakwa, korang pk lah sendiri khir toyoni

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan – MB Kedah

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019599&Itemid=85

Izwan Abdul Halim

ALOR SETAR, 27 Feb (Hrkh)-Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah penghianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.

Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.

“Mereka cuba nak jadi ‘hero’ dan ‘champion’, nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno.

“Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!” tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini..

Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.

ImageMenurut Ustaz Azizan, usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah lama dilakukan termasuk menggunakan nama istana seperti juga krisis yang dicipta di Perak dengan menggambarkan PAS sebagai jahat dan menentang Raja-raja.

Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi ‘Pilihan Raya Besar’ iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah.

Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini.

“Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah telah menyalahgunakan kuasa.

“Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita,” tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. “Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu,” ujarnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat.

Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri.

“Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini.

“Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat,” tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah.

Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution. – azm_

Tarbiyah penting untuk hadapi era kemenangan – Mohamad Sabu

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19549&Itemid=1

Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli PAS supaya memperkukuhkan tarbiyah di kalangan ahli kerana sudah ada tanda-tanda ahli PAS hilang sifat berkorban demi Islam.

Menurut beliau, sifat ikhlas untuk melakukan kerja-kerja jemaah sudah mulai pudar dan kebanyakan ahli telah mula meminta upah untuk melakukan sesuatu tugas.

Sedangkan sebelum PAS mencapai kemenangan katanya, sifat mementingkan upah tidak timbul sebaliknya perkara itu telah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, katanya.

“Jika perbuatan ini berterusan kita takut kalau PAS diberi kemenangan, kita tidak ada bezanya dengan Umno,” katanya ketika memberi ucapan dalam program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat, Ahad, 23 Februari lalu.

Beliau turut mengingatkan bahawa Islam lebih mudah berkembang apabila mempunyai kuasa kerana Islam itu merupakan agama yang sempurna.

Malangnya kata beliau, pendukung agama Islam ramai yang tidak sempurna sehingga nilai-nilai agama itu tidak diamalkan oleh orang Islam tetapi orang bukan Islam seperti menjaga kebersihan, kesopanan dan lemah-lembut.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut menegaskan bahawa dalam mendepani cabaran semasa peranan Muslimat tidak boleh dinafikan kerana orang yang mula-mula mati syahid adalah wanita.

Justeru, katanya, Muslimat jangan sampai menjadikan alasan terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk aktif dalam program jemaah.

“Jangan jadikan kesibukan dunia melupakan tugas hakiki kita sebagai hamba Allah,” katanya.

Beliau turut menyelar sikap pimpinan Umno yang telah memerintah selama 51 tahun tetapi tidak berjaya memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.

“Mereka sendiri tidak mampu untuk melaksanakan Islam terhadap dirinya sendiri jadi apa guna kita menyerahkan kuasa kepada mereka,” tegas beliau.

Beliau berkata, apa akan jadi kepada bangsa Melayu jika Muslimat tidak serius memainkan peranan sehingga tidak peduli dengan anak-anak muda yang terjebak dalam gejala sosial. – lanh _

Mahadhir Khalid dah surrender dah

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2944

Oleh professor

 Apa signifikannya pilihan raya di Bukit Selambau kepada BN Kedah?

MAHDZIR KHALID : Kami memang tidak menyangka sama sekali akan berlangsungnya pilihan raya di sini kerana tidak ada kematian, tidak ada keperluan sebenarnya.

Saya tidak tahu sama ada perletakan YB Arumugam ini adalah atas pilihannya sendiri atau atas keputusan (PKR). Namun ini yang telah diputuskan dan BN perlu menghadapi pilihan raya ini. Bagi saya ini pilihan raya yang sangat penting kerana selepas 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan BN menjadi pembangkang, kami akan diuji dalam satu pilihan raya yang kawasannya dihuni oleh penduduk berbilang kaum.

Dari 35,140 pengundi, 50.2 peratus adalah pengundi Melayu, India (29.5 peratus) dan Cina (19.3 peratus). Ini pastinya satu ujian kepada kepimpinan BN dan saya menjangkakan PKR akan meletakkan calon mereka di sini. Walaupun YB Arumugam merupakan calon bebas namun beliau kemudiannya menyertai PKR dan saya jangka mereka akan terus mempertahankan kerusi di sini.

Ulas Sikit

Belum pun diumumkan calon , umno dah nampak tak ada jalan di N25 Bukit Selambau. Macam mana Pengerusi Perhubungan umno negeri boleh cakap macam ni.

Cuma memetik sedikit dari petikan berita dari media , katanya ” saya jangka mereka akan terus mempertahankan kerusi di sini”

Kallau lah itu telahannya , selepas ini ada baiknya pemimpin – pemimpin umno di semua peringkat , dan juga bn di semua peringkat buat ketetapan supaya tidak meletakkan calon pada PRK N 25 ni.

Bukan apa , kalau masuk bertanding juga , dan andainya majoriti undi Pakatan Rakyat menerusi calonnya dari parti PKR lebih tinggi dari yang diperolehi dalam PRU 12 lalu , ini sudah pasti menyebabkan moral seluruh peringkat kepimpinan umno dan juga ahli – ahlinya jatuh ke tahap yang paling rendah.

Seperti mana yang terjadi di PRK P44 Permatang Pauh dulu , sudah banyak pendapat , pandangan dan cadangan dari pelabagi pihak dalam parti , supaya umno tidak meletakkan calon di situ , kerana tempat itu bukan gelanggangnya , tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan tertinggi , akibatnya ia telah memberikan kesan ’psiko effect’ yang teruk selepas PRU 12 , dan telah menyebabkan P 36 Kuala Terengganu gagal dipertahankan.

Serupa juga dengan N 25 Bukit Selambau ini , lebih baik umno menarik diri , N 29 Batang Air ,  kerana selepas ini sekiranya N 37 Bukit Lanjan dan P 22 Pasir Mas perlu kepada PRK , sudah amat nyata umno/bn akan tewas.

Ini bukan bermaksud untuk mendahului takdir.Apa yang sangat dikhuatiri , PRU 13 nanti , umno/bn akan tewas bukan sahaja di negeri – negeri yang sudah dipegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini  , iaitu Kelantan , Pulau Pinang , Kedah dan Selangor , di samping mengambil balik semula Perak , malah kejatuhan negeri – negeri  Negeri Sembilan , Sabah dan Sarawak , amat jelas sekarang ini dan sukar disekat lagi.

Manakala negeri – negeri Melaka , Johor , Pahang dan Perlis ada kemungkinan banyak lagi kerusi akan terlepas , walaupun negeri tidak jatuh.

Tetapi , jangan ditolak akan kemungkinan , negeri – negeri ini juga amat berpotensi untuk ditawan oleh Pakatan Rakyat.

So , apa lagi yang tinggal. Ketika itu nanti , mungkin beberapa kerusi yang boleh diselamatkan , khuatir nya nanti hanya  Pekan dan Kepala Batas saja yang mampu dikekalkan.

Dan , bahana yang lebih besar bermula dari N 25 Bukit Selambau , diikuti N 29 Batang Ai , N 37 Bukit Lanjan , mungkin juga di P 22 Pasir Mas , PRU 13 nanti umno/bn tumpas secara total.

Sekiranya ini yang terjadi , sudah ’confirm’ hingga setakat itu saja hayat umno. Kekalahan yang bakal dicipta dalam PRU 13 nanti , bermakna umno akan pupus dari arus politik negara.

Usaha – usaha pemulihan nanti tidak mungkin lagi akan memberikan sebarang makna.

Catatan Akhir
Mungkin ada baiknya . dengan kenyataan bekas MB kedah tu diambil kira oleh pemimpin – pemimpin umno peringkat tertinggi. N 25 Bukit Selambau , Surrender saja lah umno !!!!

Mahadhir Khalid

‘Kuasa Speaker tidak boleh dicabar’ – Nizar

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019513&Itemid=85

Azamin Amin

FELCRA SERIGALA, SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) – Tanpa diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah ‘dicipta’ dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak,akhirnya telah ‘memakan diri’ apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan.

Demikian dinyatakan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kepada lebih 1,000 penduduk dan pengundi Dun Behrang di Felcra Kg Serigala dekat sini semalam.

Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap ‘lumpuh’ apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini.

Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tidak dilakukan pada Mei ini, maka secara automatik pembubaran DUN sekaligus menyaksikan pilihan raya diadakan di seluruh negeri Perak.

“Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh…tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

“Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya,” kata Nizar dengan penuh semangat sambil menggesa para pengundi menolak Umno dan BN dalam pilihan raya yang akan datang.

ImageNizar sekali lagi menegaskan kepada hadirin bahawa beliau adalah Menteri besar yang sah, yang dilantik Sultan dan tidak menerima sebarang pembatalan ke atas jawatannya itu.

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Beliau menjelaskan jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

ImageSebelum itu beliau mencabar Umno-BN untuk berhadapan secara ‘jantan’ dalam pilihan raya dan bukannya melakukan kerja-kerja yang tidak beretika yang disifatkan sebagai pengecut dan melalui pintu belakang tanpa mengambil kira hak rakyat untuk memilih kerajaan sedia ada.

“Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

“Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!” lantang suaranya dengan di sambut sorakan, laungan takbir dan tepukan gemuruh hadirin.

Sambil mencebis ayat al-Quran yang berbunyi antaranya:” Mereka merancang tipu daya, Allah juga lebih hebat perancangan tipu daya-Nya,” katanya dan menyeru kepada para penyokong supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan terjebak dengan hasutan pihak-piahk yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum itu, ceramah yang dimulai jam 9.00 malam anjuran Markas PAS Kg. Serigala ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor Dato’ Zainal Abidin, Adun Gopeng Lee Boon Chai, Adun Sungkai Sivaratnam dan Setiausaha Politik MB, Misbahul Munir.

Kehadiran luar biasa orang ramai yang disertai oleh puluhan masyarakat kaum Cina dan India menunjukkan sokongan padu terhadap kerajaan Nizar masih utuh dan mantap.

Biarpun, terpaksa melalui dua sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa, meletakkan kenderaan sejauh satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki jauh ke pelusuk kampung, namun masyarakat setempat masih terus berpusu-pusu memenuhi pekarangan markas PAS itu untuk mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada Nizar dan rakan seangkatannya.

Turut menarik perhatian di markas itu digantung sehelai kain rentang yang bertulis:” Ya-Allah, Ya Tuhanku. Engkau berikanlah pengajaran pada Jamaluddin pengkhianat yang telah mengkhianati manah pengundi-pengundi Dun Behrang. Amin.”

Nizar sebelum mengakhiri ucapannya selama satu jam itu menggesa supaya penyokong dan ahli Umno meninggalkan parti itu yang terang-terang melakukan penyelewengan dan kezaliman kepada rakyat, sehingga sanggup merampas hak rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini.

Beliau memetik surah al-Haj yang bermaksud:” Jangan sesekali kamu cenderung kepada kezaliman, nanti kelak kamu akan di sambar api neraka…”katanya memberi ingatan kepada penyokong kepada kemungkaran dan kezaliman.

“Esok (hari ini) saya akan tinggalkan kediaman rasmi Menteri Besar jam 11.00 pagi. Biarlah mereka nak ambil rumah itu sebab bukan itu kita rebutkan. Yang penting adalah amanah 2.4 juta rakyat Perak kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab,”katanya sambil disambut laungan takbir orang ramai.

Majlis bersurai secara aman kira-kira 12.30 tengah malam tadi biarpun berlaku kesesakan jalan raya akibat kenderaan yang terlalu banyak di sisi jalan berhampiran kawasan ceramah tersebut.- azm _

Derhaka: Umno ada sejarahnya

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19484&Itemid=1

oleh: Syafiq Kamarul

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) – Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu.

Apatah lagi, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.

Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis terhadapnya. Beliau segera dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.

Cepat sungguh Polis Diraja Malaysia bertindak atas laporan polis terhadap pemimpin pembangkang sebaliknya para pemimpin BN yang memang ‘penjenayah’ dan ‘perompak’ harta rakyat, laporan polis itu entah ke mana lesapnya!

Sikap hipokrit dan ‘double-standard’ Umno terserlah apabila mereka turut turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu di Perak walaupun mereka juga yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita.

Nampaknya, jika dilakukan oleh mereka, demonstrasi jalanan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Karpal sendiri mempertikaikan perkara ini. Katanya, demonstrasi Pakatan Rakyat dihalang, tetapi demonstrasi Umno-BN dibenarkan walaupun tanpa permit.

Menantu kesayangan Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin juga kini mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Beliau turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak.

Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet. Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet.

Semua orang tahu ini hanyalah sandiwara Khairy sahaja untuk meraih sokongan dalam pertandingan memilih Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti.

Demonstrasi bukan budaya kita. Bagaimanapun, ia menjadi budaya murni dan halal jika menyokong kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN!

Bandingkan dengan demonstrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Februari lalu. Tiada satu pun kain rentang oleh penunjuk perasaan berbunyi kasar serta menghina Sultan Perak dan Raja Muda.

Apa yang terpampang hanyalah ayat “Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan DUN Perak” dan “Menuntut Bubarkan DUN, Kembalikan Kuasa Rakyat”.

Nizar menderhaka? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan. Tetapi, tidak menggunakan perkataan tidak bersetuju. Sebaliknya, beliau menggunakan perkataan “Sembah patik sembah derhaka.”

Bukannya beliau menderhaka seperti yang ditafsirkan oleh akhbar arus perdana kroni kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. “Sembah derhaka” itu telah dijadikan isu, sedangkan selama ini pemimpin Umno yang kerap menderhaka kepada Sultan. Kepada Allah SWT pun mereka menderhaka, apatah lagi kepada Sultan yang juga manusia ciptaan Allah.

Nizar enggan meletakkan jawatan kerana jawatan dan kerajaan pimpinannya dirampas secara tidak bertamadun oleh pemimpin kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. Beliau dan kerajaan tidak dikalahkan, tetapi dinafikan secara haram menerusi rampasan kuasa yang sebenarnya memalukan Umno-BN.

Mana mungkin seorang yang bermaruah dan dipilih oleh rakyat mahu tunduk pada perbuatan tidak bermaruah dan penuh kehinaan? Siapa sahaja yang bermaruah akan mempertahankan diri jika dianiayai.

Berkaitan dengan isu di Perak ini, Umno-BN cuba menggambarkan imej buruk Pakatan Rakyat, iaitu tidak mendengar titah raja. Sejak bila pula Umno-BN begitu taat setia kepada raja dan menjadi pembela berani mati?

Umno biadap pada Raja-raja Melayu

Ingin ditanya, siapakah yang terlebih dahulu derhaka kepada raja? Kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN sudah lupa siapa yang menentang dan menghina Sultan Terengganu (yang juga Yang di-Pertuan Agong) dalam pemilihan Dato� Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu pada bulan Mac tahun lalu?

Cepatnya Umno-BN lupa pada demonstrasi oleh penentang pelantikan Ahmad itu? Ia adalah atas arahan Abdullah sendiri. Sehingga kini, langsung tiada siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.

Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar.

Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku.

Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan �ketegangan� itu adalah seperti �Kami Nak Idris, Natang� (binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.

Perkataan �Natang� itu adalah dialek Terengganu yang bermaksud ‘Binatang�. Ia ditujukan kepada siapa? Adakah kepada pihak Istana Terengganu atau Raja-raja Melayu yang menjadi sasaran emosi pemimpin serta penyokong tegar Umno/BN Terengganu? Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat Ahmad Said yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal.

Umno Terengganu yang diketuai Idris dan Rosol Wahid memprotes secara terang-terangan watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui MPPR. Sehingga kini, Abdullah tidak dibicarakan, apatah lagi dijatuhi hukuman setimpal. Bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia sudah menyedari bahawa Umno-BN yang sebenarnya adalah �penderhaka� bertopengkan agenda perjuangan orang Melayu.

Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga lupa beliau pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.

Lupakah bahawa Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan, malah buat kali pertama selepas kemerdekaan, pemimpin kerajaan yang dikuasai Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum anjuran Umno itu telah menyebabkan raja dipandang hina oleh masyarakat awam.

Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

Seterusnya, pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.

Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.

Jadi, sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato� Mahfuz Omar membantah keras rampasan kuasa di Perak ini walaupun tidak hairan jika ada rasuah RM50 juta untuk membeli ADUN PR kerana rasuah memang sudah menjadi amalan pemimpin Umno/BN.

Oleh kerana Umno-BN merampas kuasa secara yang disifatkan oleh pakar undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai �rompakan di siang hari yang terang-benderang’, Mahfuz tegas mengatakan ada dua buah kerajaan haram di dunia sekarang. Pertama, katanya, kerajaan haram laknatullah Israel dan kedua, kerajaan haram BN di Perak.

Adun ‘lompat’ tidak berani pulang ke kawasan

Oleh kerana berkuasa secara haram, menurut Setiausaha Politik Nizar, Misbahul Munir Masduki, maka Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak berani menjenguk kawasan masing-masing.

“Bagaimana mereka boleh berkata mahu berkhidmat kepada pengundi sedangkan langsung tidak berani pulang ke kawasan masing-masing? Mereka tahu mereka telah mengkhianati pengundi,”tambah Misbahul.

�Sebab itulah mereka takut untuk menjenguk kawasan. Para pengundi mereka juga sedang menunggu dengan kasut,� jelas beliau secara berseloroh dalam satu ceramah di Kuala Lumpur baharu-baharu ini.

Tambah beliau, jika hasrat mengadakan pilihan raya semula dan tandatangan referendum rakyat Perak gagal, krisis yang berlaku diharap akan berterusan sehingga tiga kerusi Dun terbabit dikosongkan dan pilihan raya kecil diadakan.

Dilaporkan bahawa Speaker Dun Perak, V Sivakumar enggan menerima Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan enam orang Exco baharu kerana pelantikan mereka tidak mengikut Perlembagaan. Dalam perkataan lain, mereka adalah pemimpin kerajaan haram!

Namun, sikap ‘double-standard’ serta tidak tahu malu pemimpin Umno terserlah apabila Dr Zambry membantah tindakan Sivakumar itu. Katanya, perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Dun terlebih dahulu.

Tahu pula mahu membawa ke mesyuarat Dun. Semasa mahu merampas Perak pada 4 Februari lalu, tidak pula mahu menunggu mesyuarat DUN untuk mendapat undi tidak percaya terhadap Nizar. Inilah sikap Umno yang tidak bertamadun seperti lanun!

Walaupun akhirnya bersetuju keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerahkan semula kenderaan rasmi, Nizar dan barisan Exconya akan menjelajah seluruh negeri Perak (setiap Dun) untuk memberi penjelasan.

Menurut Misbahul lagi, Sultan Azlan dikhabarkan berdukacita atas kemarahan rakyat baginda. Sepatutnya baginda bergembira ketika menyambut perayaan Jubli Perak memerintah negeri Perak. – azm_

IPOH, 4 Feb (Hrkh) -Kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa. Tidak berlaku apa-apa. Semua seperti biasa.
Iklan

Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin 7.40 malam tadi bagi menjelaskan isu yang sedang melanda negeri itu ketika ini.

“Kerajaan masih sah dan keputusan masih di tangan tuanku.

“Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar,keputusan tuanku masih belum buat,”jelasnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya lagi, ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.

“Segala aktiviti kerajaan negeri berjalan seperti biasa. Saya akan terus hadiri pelbagai aktiviti majlis jubli Perak Tuanku seperti biasa,”katanya di hadapan puluhan wartawan yang menunggu beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak dan beliau baru selesai menghadiri mesyuarat PAS Perak di sini.

Tambahnya, beliau sebelum ini telah menghadap ke bawah duli tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri dan suasan perbincanga cukup baik

“Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan atau lain-lain keputusan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih,”jelasnya lagi.

Katanya, ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.

“Rakyat jangan bimbang dan diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.

“Apa-apa pun tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil,”tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,Nizar berkata,”Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika.”

Beliau juga berkata, isu Adun Bota, Dato Nasarudin Hashim masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.

“Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.

“Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya,”jelasnya. Beliau mengakhiri kenyataannya itu dengan memohon maaf kepada para wartawan yang basah kuyup akibat hujan lebat yang menunggu beliau di hadapan Istana Kinta dari jam 4.00 sehingga 5.00 petang. “Saya minta maaf kepada anda semua kerana terpaksa basah kuyup menunggu saya. Saya kira anda semua pun kepenatan,” katanya sambil terseyum meminta diri untuk solat maghrib.- mks/azm. _

ps: saya baru sahaja dapat online baru-baru ini kerana ada sedikit urusan. harap anda semua setia berkunjung ke blog saya. terima kasih